PENGERUSI PERHUBUNGAN

 

 KATA ALUAN

YB DATO' SRI MUSTAPA MOHAMED

Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Negeri Kelantan

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah perkenannya, saya diberi kesempatan untuk melahirkan rasa bangga dengan kewujudan blog UMNO Bahagian Kuala Krai .


Sesungguhnya kewujudan blog yang pro kepada perjuangan UMNO merupakan satu langkah yang baik demi menjelaskan tentang perjuangan pimpinan UMNO bermula di pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi. Pada zaman kecanggihan teknologi ini, pencarian berita-berita semasa melalui internet merupakan pilihan kepada pengguna masa kini. Sehubungan dengan itu saya mengharapkan blog UMNO Bahagian Kuala Krai akan memberi banyak faedah kepada masyarakat setempat khususnya dan rakyat Kuala Krai yang berada di luar amnya.


Perubahan cara ini, pastinya akan merubah minda bukan sahaja untuk pembangunan tetapi memainkan peranan yang lebih penting iaitu bersama-sama menyisih apa sahaja rintangan dan dugaan .Harapan saya blog UMNO Bahagian Kuala Krai bersama memainkan peranan menentang segala dakyah yang selama ini merencat dan menghalang perpaduan antara kita.


Tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Dato’ Hj Ramzi dan juga para bloggers yang dapat menyertai media baru bagi meneruskan kesinambungan perjuangan. Blog UMNO Bahagian Kuala Krai adalah perintis kepada bahagian-bahagian lain agar mengambil usaha yang sama. Harapan saya Blog UMNO Bahagian akan terus maju dan mempunyai pengunjung-pengunjung setia nanti.


Sekian.terima kasih.


RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED