KETUA BAHAGIAN


KATA ALUAN
YBHG. DATO' RAMZI AB RAHMAN
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai
  

 Assalamualaikum w.b.r

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan rasa syukur atas kewujudan Blog UMNO Bahagian Kuala Krai. Ini merupakan salah satu daripada usaha kami untuk memperkenal dan memasarkan program kami disamping merencana dan melaksanakan aktiviti. Pembinaan blog ini adalah salah satu daripada strategi UMNO Bahagian Kuala Krai untuk menghadapi pilihanraya ke-13 nanti. Kemajuan teknologi dan internet sebagai media baru perlu dimanfaatkan untuk menyalurkan pelbagai maklumat  berguna  samada dari akar umbi hinggalah isu-isu semasa.
                                                                                                           
Kewujudan blog ini bukanlah untuk menyebarkan fitnah, pembohongan dan memutar belit fakta. Juga bukannya untuk menyaingi mana-mana blog yang sedia ada.  Apa yang menjadi harapan kami ialah dapat membantu  ke arah perpaduan , saling menghormati antara kaum , Agama yang menjadi tunjang kekuatan Negara. Mudah-mudahan peranan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional selama ini dapat dikekalkan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi  seterusnya merealisasikan semangat 1Malaysia.
 
Akhir kata, saya ingin mengajak para pengunjung Blog UMNO Bahagian Kuala Krai agar dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada, bukan sahaja untuk tujuan mengetahui program kami tetapi juga sama-sama memberi komen-komen yang membina kepada kami.

Sekian, terima kasih.

AGAMA DIJUNJUNG, BANGSA DIKENDUNG, NEGARA DISANJUNG



YB. DATO' HJ RAMZI B AB RAHMAN